Posts

Showing posts from September, 2008

sentuhilah aku

Mencari puas mencari, makna diri sendiri tak ku temui Perintah hati tiada bertepi, nilai yang suci dinodai Selangkahku berjutanya lara, Jerih dalam sengsara tak bersuara Terjaring minda tertutuplah mata, Miskin jiwa dicengkami dosa   Berikan ku kesempatan Melenyap keangkuhan Berikan ku pengharapan Menebus kegagalan   Sentuhilah diriku dengan makrifat Dengan kasih sayang Agar terpadam, Kegusaran hati ini Menitis tafsiran dari kesalan Asap hitam memedihkan   Aku mendaki,Mencari erti Akhirnya bertemu disini Sebening airmataku, mengalirlah ke jiwa Mencuci dosa, merawat luka-luka Tersingkap rahsia suci, dari gemuruh kelam Berarak pergi Memukim yang abadi Direlung hati  

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia.....

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia..... Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia..... Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!! Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan! Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan! Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan! Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan! Dengan kain kafan yang serba putih! Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih.... Walaupun orang yang hadir itu merintih.... Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai.... Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa.... Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.... Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud.... Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.... Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat.... Usunglah dir...

Hidupku

Image
Aku tak pandai mengarang dan ini kali pertama ku cuba mengarang tergerak hati untuk meluahkan apa yg terbuku tapi kepada siapa. Aku tak punya sapa sapa  yang sudi mendengar rintihan hati ku -jiwaku kosong aku cuba mencari kekuatan untuk  terus hidup demi anak anak ku tersayang .hatiku hancur setelah rumah tangga ku bina selama 12 tahun menuju kehancuran. aku kecewa tapi bersyukur kerana allah menyedarkan aku dari terus hanyut dibawa arus kealpaan . Ya allah hanya pada mu ku memohon dan air mata ku hanya untuk mu.